38 weeks 4 days
Time: 1.31 am
Date: 19 October 2022
Sekarang ni tengah tunggu hari je nak meletup. Perasaan? Mix feelings! Nervous, excited, semua ada. Dah seminggu lebih tak boleh tidur malam. Ada je benda nak di fikir kan. Macam mana nak meneran lah, macam mana rasa contraction lah. Hahaha.
Lagi beberapa hari bakal jadi seorang ibu. Tak sangka, speechless. Tapi dalam masa yang sama, rasa tak sabar nak jumpa baby. Nak tengok muka dia ikut siapa, mamanya ke atau babanya. 👦
Untuk anak mama yang akan keluar dari rahim mama bila2 masa je ni, mama harap awak akan jadi penyeri hidup kami mama & baba. Mama akan pastikan awak happy, dapat kasih sayang yg mencukupi, mama akan korbankan semua untuk awak sayang. Mama janji. Semoga awak akan jadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat. Mama & baba cadang nak letak nama awak, Idris Faleeq. Maksud Idris, pentafsir & bijak/ nama nabi. Faleeq bermaksud cahaya. Comel kan nama awak? Hihi.
Ergh, tanda2 bersalin tak ada pun lagi. Ada lah rasa contraction tu. Tapi tu pun blur2, betul ke ni contraction?? Sebab baby gerak aktif je. Aktif sangat! Sampai bergegar2 perut ni haha! Lepas je baby bergerak2, perut terus rasa keras. So aku assume ni memang false contraction kot. Since dia tak kerap datang. Lain2 tanda? erm tak ada. Tapi semoga dapat bersalin dengan mudah lah nanti and normal. InshaAllah.
Lapar!!! Ah sudah.. ni lah akibat bila tak boleh tidur malam. LAPAR! Nak makan, takut. Takut berat naik lagi. Aiyooo sekarang ni pun berat dah bertambah 12kg!!! 75.5kg sekarang. Ah ghisauuu. Harap lepas pantang nanti dapat berat asal lah at least. Huhu.
Ok rasanya sampai di sini sahaja. Semoga saya dipermudahkan urusan bersalin & baby keluar dalam keadaan sihat walafiat. Amin InshaAllah.
Love,
Mina
Comments
Post a Comment